Saturday, December 5, 2020

Zaman Awal Persekolahan Di Jasin English School (JES)

ALAM PERSEKOLAHAN

Saya mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan pada tahun 1970, iaitu semasa memasuki Darjah 1 di King George V Primary School, Seremban. Ketika itu ayah saya adalah seorang tentera yang berkhidmat di dalam Malayan British Army. Setelah menamatkan perkhidmatan pada bulan April 1970, kami semua telah pulang ke Kampung Kesang Tua di Jasin, Melaka. Kami tinggal di rumah tua sebelum ayah membuat rumah baru hasil dari ganjaran tamat perkhidmatan yang diperolehi. Ayah berhenti perkhidmatan tentera tanpa pencen setelah 18 tahun berkhidmat. 


Maka saya pun mula bersekolah di Jasin English School. Saya telah didaftarkan oleh ayah dan ditempatkan di dalam Kelas 1 D. Guru Darjah saya ialah Puan Sa'adiah (Allahyarham). Terdapat lima kelas darjah satu iaitu dari Darjah 1 A hingga 1 E. Pada tahun berikutnya saya telah ditempatkan di dalam Kelas 2 B. Semasa tahun ini, pelajar2 telah dibahagi kepada dua sesi persekolahan, iaitu satu kumpulan sesi persekolahan pagi (6 ulan)  ke JES 1 dan satu sesi lagi JES 2. setiap 6 bulan, sesi pagi akan bertukar ke sesi petang saban tahun hingga kompleks sekolah baru bagi JES 2 siap dibina. Saya di dalam JES 1. di kelas 2 B, guru darjah saya ialah Puan Jariah, isteri kepada Cikgu Hamzah Md Dom. Pada tahun ini juga, Cikgu Jariah melahirkan anak dan cuti bersalin. Pada waktu tersebut, kelas kami juga dikawalselia oleh Cikgu Ali Bin Bulat (Allahyarham). Pada tahun itu, di dalam peperiksaan pertengahan tahun saya telah mendapat tempat ke-4 dalam kelas sebelum menduduki tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun. Saya mendapat hadiah kerana menduduki tempat pertama didalam peperiksaan akhir tahun semasa perhimpunan sekolah. Pada masa itu, kami bersekolah sesi petang.

Monday, July 2, 2012

ADRIANA RIDWAH

Setiap pagi selepas menghantar Amir dan Ridwah, anakku Ridwah akan duduk dicelah antara almari kasut ni untuk melambai saya sehingga hilang dari pandangan. Rupanya, dia memang begitu... bagus sungguh tabiatnya ini...



Hidupkan Kembali blogspot Azmee Hj Ahmad

aku cute tak
 Setelah 2 tahun blogspot "BANGSAKU" memencilkan diri... hati ni, ia dihidupkan semula dgn bantuan kakak ku, Hajah Adnee Hj Ahmad. Harapan ku agar, blog ku ini akan dapat memberi manafaat kepada semua saudara-mara, sahabat-handai, rakan taulan dan semua yang mengenali diri ini...


Ingin aku mulakan dengan riwayat hidup aku... di mana patut aku mula? 



Peringkat awal kehidupan aku dan keluargaku dipenuhi dengan keceriaan dan kegembiraan. Ayah dan ibu aku sangat bertanggungjawab dan mencurahkan kasih sayang yang tidak bertepi kepada kami 5 orang adik beradik... Dalam hidup ini, aku mula mengingati kenangan kehidupan aku seawal umur 5 tahun, namun kenangannya amat sedikit. Antara kenangan yang terawal yang dapat aku ingati ialah ketika bermain tolak-tolak tong sampah kecil diperbuat dari papan yang membentuk kotak hampir kepada bentuk piramid tetapi tidak berbucu tajam. Tempat kejadian ini mungkin semasa kami di Singapura sebelum ayah berpindah tempat kerja di Kem Terendak. Aku juga dapat mengingati sebelum ayah mendapat rumah di berek askar di Tanjung Keling, kami tinggal di rumah usang yang bocor di Batu 19 1/4 Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka sebaik sahaja kami berpindah dari Singapura. Aku masih ingat semasa suatu pagi setelah ayah pergi kerja, hujan lebat. Emak dan kami adik beradik sedang sarapan pagi. Sarapan pagi itu ialah mash patato, ration askar British yang dibekalkan kepada kami sekeluarga sebelum berpindah. Mash potato tu paling mudah disediakan kerana ia adalah tepung yang perlu dicampur dengan air panas, dikacau maka, siaplah. Kami tidak tinggal lama di sini kerana tidak lama kemudian ayah diberi kunci rumah keluarga di kawasan Rumah Keluarga, Tanjung Keling. Aku jangka pada itu ialah cuti sekolah bulan Disember 1968.


Tuesday, June 26, 2012



Kasih Seorang Ayah... Kadang-Kadang Ketegasan Seorang Ayah Membuatkan Kita Rasa Bosan Dan Tak Suka Malahan Ada Yang Benci... Tapi Sapa Tahu Apa Yang Tersimpan Dalam Hati Seorang Ayah. Kadang-Kadang Ayahlah Yang Paling Tersentuh Hatinya Dan Yang Paling Menyayangi Anaknya Melebihi Si Ibu... Cuma, Bapa Ada Masanya Ego Dan Tak Sangat Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Anak-Anak. Sebab Itu Anak-Anak Lebih Rapat Dengan Ibu Kerana Kelembutan Seorang Ibu Serta Kasih Sayangnya Lebih Menonjol Dari Seorang Ayah...

MUAR - Dek kerana terlalu sedih, seorang bapa tetap memangku dan memeluk tubuh kaku anak lelakinya kira-kira satu jam selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang dekat sini pada pukul 9.50 malam kelmarin. Tindakan Hashim Kamat, 55, yang tidak mahu melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid,  19, daripada pelukannya menyayat hati orang ramai yang melihat kejadian itu. Dia yang tinggal di Kampung Batu 19, Sengkang dekat sini mengetahui kejadian malang itu apabila menerima panggilan telefon daripada anak ketujuhnya, Hamizad, 16, menyatakan arwah terlibat dalam kemalangan

Saturday, June 2, 2012

PMA


GC Azmee Bin Ahmad

MY STORY IN PAKISTAN MILITARY ACADEMY, KAKUL
ABBOTABAD, PAKISTAN

 Boxing Competition.. Final in Light Featherweight... I lost to GC Auragzeb from Tipu Coy... though I was so confident to win this match. However, I am proud because I have reached final... the only foreigner cadet in 67 LC in the final... Thanks a lot to PMA...
During Assault Course Competition during 2nd term in PMA

 I was in front of Babur Coy, 2nd Pakistan Batallion, visiting GC Ramlan Ramly from Malaysia. This was during winter season in Kakul...

 On vacation during Mid-term Break of 1st Term... Ramlan, 2Lt Johari and me when to Murree....


Those were the days..

Tuesday, November 16, 2010

BERAYA DI PERBATASAN

ini lah kali pertama kami sekeluarga menyambut hari raya aidil adha di 'perbatasan' bersama semua keluarga saya...... emak, kak deni, zeman dan keluarga, ain dan anak, amir......