Monday, July 2, 2012

Hidupkan Kembali blogspot Azmee Hj Ahmad

aku cute tak
 Setelah 2 tahun blogspot "BANGSAKU" memencilkan diri... hati ni, ia dihidupkan semula dgn bantuan kakak ku, Hajah Adnee Hj Ahmad. Harapan ku agar, blog ku ini akan dapat memberi manafaat kepada semua saudara-mara, sahabat-handai, rakan taulan dan semua yang mengenali diri ini...


Ingin aku mulakan dengan riwayat hidup aku... di mana patut aku mula? 



Peringkat awal kehidupan aku dan keluargaku dipenuhi dengan keceriaan dan kegembiraan. Ayah dan ibu aku sangat bertanggungjawab dan mencurahkan kasih sayang yang tidak bertepi kepada kami 5 orang adik beradik... Dalam hidup ini, aku mula mengingati kenangan kehidupan aku seawal umur 5 tahun, namun kenangannya amat sedikit. Antara kenangan yang terawal yang dapat aku ingati ialah ketika bermain tolak-tolak tong sampah kecil diperbuat dari papan yang membentuk kotak hampir kepada bentuk piramid tetapi tidak berbucu tajam. Tempat kejadian ini mungkin semasa kami di Singapura sebelum ayah berpindah tempat kerja di Kem Terendak. Aku juga dapat mengingati sebelum ayah mendapat rumah di berek askar di Tanjung Keling, kami tinggal di rumah usang yang bocor di Batu 19 1/4 Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka sebaik sahaja kami berpindah dari Singapura. Aku masih ingat semasa suatu pagi setelah ayah pergi kerja, hujan lebat. Emak dan kami adik beradik sedang sarapan pagi. Sarapan pagi itu ialah mash patato, ration askar British yang dibekalkan kepada kami sekeluarga sebelum berpindah. Mash potato tu paling mudah disediakan kerana ia adalah tepung yang perlu dicampur dengan air panas, dikacau maka, siaplah. Kami tidak tinggal lama di sini kerana tidak lama kemudian ayah diberi kunci rumah keluarga di kawasan Rumah Keluarga, Tanjung Keling. Aku jangka pada itu ialah cuti sekolah bulan Disember 1968.


1 comment:

  1. Kenapa pula akak tak ingat cerita tu...... tapi ingat pengalaman dan kenangan yang lain.. sajulah pula bila baca.... sila tulis lagi kerana seronok pula baca

    ReplyDelete