Saturday, December 5, 2020

Zaman Awal Persekolahan Di Jasin English School (JES)

ALAM PERSEKOLAHAN

Saya mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan pada tahun 1970, iaitu semasa memasuki Darjah 1 di King George V Primary School, Seremban. Ketika itu ayah saya adalah seorang tentera yang berkhidmat di dalam Malayan British Army. Setelah menamatkan perkhidmatan pada bulan April 1970, kami semua telah pulang ke Kampung Kesang Tua di Jasin, Melaka. Kami tinggal di rumah tua sebelum ayah membuat rumah baru hasil dari ganjaran tamat perkhidmatan yang diperolehi. Ayah berhenti perkhidmatan tentera tanpa pencen setelah 18 tahun berkhidmat. 


Maka saya pun mula bersekolah di Jasin English School. Saya telah didaftarkan oleh ayah dan ditempatkan di dalam Kelas 1 D. Guru Darjah saya ialah Puan Sa'adiah (Allahyarham). Terdapat lima kelas darjah satu iaitu dari Darjah 1 A hingga 1 E. Pada tahun berikutnya saya telah ditempatkan di dalam Kelas 2 B. Semasa tahun ini, pelajar2 telah dibahagi kepada dua sesi persekolahan, iaitu satu kumpulan sesi persekolahan pagi (6 ulan)  ke JES 1 dan satu sesi lagi JES 2. setiap 6 bulan, sesi pagi akan bertukar ke sesi petang saban tahun hingga kompleks sekolah baru bagi JES 2 siap dibina. Saya di dalam JES 1. di kelas 2 B, guru darjah saya ialah Puan Jariah, isteri kepada Cikgu Hamzah Md Dom. Pada tahun ini juga, Cikgu Jariah melahirkan anak dan cuti bersalin. Pada waktu tersebut, kelas kami juga dikawalselia oleh Cikgu Ali Bin Bulat (Allahyarham). Pada tahun itu, di dalam peperiksaan pertengahan tahun saya telah mendapat tempat ke-4 dalam kelas sebelum menduduki tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun. Saya mendapat hadiah kerana menduduki tempat pertama didalam peperiksaan akhir tahun semasa perhimpunan sekolah. Pada masa itu, kami bersekolah sesi petang.

No comments:

Post a Comment